Thursday, March 26, 2009


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Selamat datang ke Laman MFS BARAKAH ENT. Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya laman web ini dapat disiapkan. Syarikat MFS BARAKAH ENT adalah syarikat yang menjalankan perniagaan bagi pengeluaran hasil pertanian dan juga menjual set barangan fertigasi di Malaysia. Dimiliki oleh bumiputera 100%. Pengurus syarikat ini adalah En Mohd Firdaus b Saat. Syarikat ini mengeluarkan sayur jenis buah seperti cili merah kulai, cili padi, terung dan timun. Sistem ini digalakkan untuk digunakan kepada para petani kerana lebih produktif, produk berkualiti tinggi, tiada penyakit bawaan tanah, kurang kos operasi, jimat baja, bersih tanpa bau dan mesra alam & boleh tanam bila-bila masa.



Wednesday, March 25, 2009

DENGAN KERJASAMA :



Kelebihan Sistem Tanaman Fertigasi.


1. Pemberian nutrient Iengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat sesuatu tanaman.
2. Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan serta menghindarkan masalah penyakit
3. Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur perumah penyakit serta perosak
4. Meningkatkan hasil per unit kawasan tanaman dengan kepadatan tinggi
5. Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos tenaga pekerja
6. Kualiti dan kuantiti yang Iebih baik
7. Penggunaan baja yang cekap boleh mencapai 85% berbanding kaedah tabor hanya 25%
8. Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai
9. Hasil tanaman boleh mencapai sehingga 300% atau tiga kali ganda
10. Pengurusan tanaman yang Iebih sistematik